Cuci Gigi

Klinik Pergigian Saujana menggunakan alat ultrasonik untuk membuat penskaleran gigi. Kenapa perlunya penskaleran gigi:

- Memastikan gigi dan gusi sihat. Anda akan lebih mudah untuk menjaga gigi di rumah sekiranya penskaleran telah dibuat di klinik.

- Penskaleran gigi (cuci gigi) yang berkala dapat menghentikan masalah gusi berdarah.

-Dapat mengurangkan masalah bau mulut.

Tujuan penskaleran gigi ialah untuk membuang deposit lembut dan tartar dari gigi.






Jangan biarkan plak dan karang gigi berkumpul di bawah garisan gusi, semakin tebal karang , gusi akan semakin menurun dan ini boleh menyebabkan anda nampak lebih tua dari usia sebenar kerana gigi akan nampak semakin panjang.




Read More

Cabutan

Sesiapa sahaja akan takut jika mendapati giginya akan dicabut. Cabutan gigi adalah jalan penyelesaian terakhir bagi gigi rosak sekiranya gigi tidak boleh diselamatkan dengan rawatan akar






Di Klinik Pergigian Saujana, kami menawarkan cabutan gigi dengan harga berpatutan bergantung kepada jenis gigi yang hendak dicabut.

Read More

Rawatan Akar



Rawatan Akar (endodontik treatment / root canal) merupakan rawatan untuk gigi yang telah mati akibat infeksi atau rosak. Ia bertujuan untuk mengekalkan ia pada struktur rahang (mengelakkan cabutan dan agar gigi terus kekal berfungsi di dalam mulut). Infeksi akan dikeluarkan dari akar gigi dan ditampal dengan bahan tampalan akar.

Terdapat beberapa ciri bagi gigi yang memerlukan rawatan akar.
  • Gigi yang rosak teruk atau mempunyai tampalan yang besar hingga melibatkan lapisan pulpa.
  • Gigi yang telah mati.
Rawatan salur akar dinasihatkan perlu dilakukan agar gigi yang rosak itu tidak dicabut yang mana akan dapat mengekalkan gigitan dan fungsi gigi.

Jika rawatan akar tidak dijalankan dengan segera, anda mungkin menghadapi risiko seperti kesakitan gigi yang teruk, jangkitan nanah pada gigi tersebut dan akhir sekali gigi tersebut terpaksa dicabut.


Kebiasaannya rawatan ini tidak menyakitkan dan bius setempat kadang- kadang digunakan jika perlu. Ketika dalam tempoh rawatan Jangkitan mungkin akan berlaku, namun ianya dapat dirawat melalui antibiotik dan ubat tahan sakit.
 
Ini adalah satu prosedur yang amat berkesanwalaupun memakan masa yang agak lama Dalam kebanyakan kesrawatan akar boleh mengambil beberapa jam dan ia merupakan salah satu cara terbaik untuk mengekalkangigi andaWalaupun ia mungkin mengambil masa yang lama - ia lebih daripada berbaloi apabila iamenyelamatkan gigi anda daripada dicabut.
 
Dapatkan rawatan akar segera!

Read More

Perkhidmatan X-RAY







Anda mungkin tertanya-tanya kenapa jika anda ingin mendapatkan rawatan braces anda perlu mengambil 2 X-ray?
1.Xray-OPG
2.Xray-lateral ceph
Tahukah anda apakah beza kedua-dua xray ini dan kenapa ia penting untuk di ambil sebelum rawatan dijalankan?

Xray-lateral ceph memang berkait rapat dengan rawatan Orthodontik.Ia sangat penting untuk di ambil bagi membolehkan doktor dapat melakukan pemeriksaan yang teliti keatas masalah yang dihadapi oleh pesakit sama ada ia berkait dengan gigi sahaja atau ada hubungkait dengan tulang rahang pesakit itu sendiri.
Dengan adanya Xray ini,ia dapat membantu doktor dalam plan rawatan bagi mencapai keputusan rawatan yang di kehendaki.
Masalah seperti "skeletal resistance" selalu memberi masalah kepada perawat bagi mendapat keputusan rawatan yang di impikan.

Sebelum rawatan braces di Klinik Pergigian Saujana kami akan memastikan semua data dan xray di ambil terlebih dahulu dan dikira mengunakan sistem berkomputer bagi mendapatkan bacaan cephalometric analysis,ini dapat memastikan rawatan braces dapat dilakukan dengan mudah.
Read More